.:Maaf Iklan Dulu Sebentar "Kalau Menguntungkan, Kenapa Tidak?" [Close][Klik 2x]:.

Tentang Rai Utama | Free Ebooks | Free Ebooks | Bahan Kuliah Lengkap | Bahan Kuliah Manajemen | Jurnal dan Buku Tourism English Version



Gratis Bahan Kuliah: 100 jenis pekerjaan yang dimulai dari meja makan

Gratis Bahan Kuliah

Ilmu Kepariwisataan,Bahan Kuliah, Ekonomi Pariwisata, Sistem Informasi Manajemen, Manajemen Strategik, Pengantar Bisnis




HOME | Skripsi Tesis | PULSA GRATISS | Bahan Kuliah Lengkap | Bahan Kuliah Manajemen | Jurnal dan Buku Tourism English Version



100 jenis pekerjaan yang dimulai dari meja makan

100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

 

 

Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh  semua  orang  .  Anda  boleh  menjalankan  perniagaan  anda  di  rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada disekitar anda.

 

Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik
beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral.
Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebihlebih  lagi  sekiranya  mereka  mempunyai  pekerjaan  yang  bergaji  tetap sebelumnya.  Bayangan  kegagalan  sentiasa  bermain  difikiran  dan  benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

Setiap  usaha  baru  yang  dilakukan  anda  perlu  ada  perancangan  teliti  dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.

Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ' guru ' yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna  tida  gunanya  usaha  anda  itu.  Pendedahan  yang  dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

Sebab   itulah   peniaga   yang   berjaya   selalunya   telah   memperuntukkan
sebahagian  besar  belanjawannya  untuk  tujuan  promosi  dan  iklan  sahaja.
Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan

 

1


 

 

meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang
sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

Cara   yang   murah   untuk   membuat   iklan   ialah   dengan   mengedarkan risalah/flyer  perniagaan  anda  yang  lengkap  dengan  alamat  dan  nombor talipon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan   lain   seperti   mesin   faks,   komputer   dan   internet   ini   boleh menambahkan  lagi  keupayaan  perniagaan  anda  di  mana  anda  boleh menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan.

Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan  majalah  juga  merupakan  salah  satu  cara  untuk  mempromosikan perniagaan  anda  dengan  kos  yang  agak  murah  .  kad-kad  perniagaan  / business  card  juga  penting.  Anda  boleh  dihubungi  dan  menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus  , surat menyurat, talipon, faks, email, internet dan sebagainya.

 

Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih  berbagai  kategori   yang   ada.  Ramai   orang   yang   memulakan perniagaan  tidak  mempunyai  pengalaman  yang  mencukupi,  sebaliknya mereka  maju  dan  berkembang  melalui  fizikal  dan  mental  yang  kuat  serta modal dalam bentuk wang.

Pemasaran  yang  lebih  mudah  akan  membantu  meningkatkan  perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan  popular  serta  tidak  memerlukan  kemahiran  yang  tinggi  ialah  dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.

Juru runding perniagaan

Perkhidmatan simpan kira

syarikat ( akaun )

Perkhidmatan kesetiausahaan Perkhidmatan recycle

( kitar semula )

Clipping service

Collection service

Perkhidmatan faks

Membuat promosi

Juru gambar

Katering

Merawat bunga / tanaman

Broker maklumat


 

 

 

Perunding perisian komputer

Guru komputer

Deejay secara kontrak

Promoter jualan

Broker cetakan

Broker hartanah

Broker kenderaan

Mencuci pangsapuri

Hiasan dalaman /

Pengubahsuaian rumah

Ejen lelongan/jualan

Melukis papan iklan

Membaiki paip

Membaiki peralatan elektrik


Menaip

Menjahit

Menggubah bunga

Seni mengandam

Mengajar tusyen

Guru tari

Guru kompang

Guru masakan

Menjual lauk pauk

Menjual sarapan pagi

Menyewakan bunga-bungaan Menyewakan pita video

Guru fotografi

Guru jahitan

Guru sulaman/mengait

Guru musik

Guru nyanyian

Guru agama

Guru quran

Ketabiban

Rawatan tradisional

Seminar mutu diri

Membaiki motokar

Membaiki motosikal/basikal

Juru runding kewangan

Menyewakan bilik

Perunding perkahwinan

Mengambil  gambar  perkahwinan  dan keluarga

Menyewakan kenderaan

Mencari barangan antik

Multi level marketing

Jualan secara parti dirumah

Menjual melalui talipon

Perkhidmatan talipon jarak jauh Perunding pelancongan

Menghantar barang

Membuat cop getah

Mencetak t-shirt

Membuat perabot

Membuat barangan kraf

Membuat kuih muih

Membuat biskut dan pastri

Menyewakan peralatan musik Melukis

Membuat grafik


 

 

 

Membaiki jeans dan pakaian

Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat   dan   menjual   butang           ,

lencana

Menjual cenderahati

Membuat pagar kayu

Menjual kayu api

Menjadi ejen import eksport

Menjual buah-buahan kampung Menjual sayur-sayuran

Menjual ikan perliharaan

Melukis pelan rumah/bangunan
Menulis buku/menulis skrip drama
Menulis novel / cerita seram / remaja Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas.

Melukis kartun

Menulis artikel

Agensi pekerjaan

Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan

Menulis surat rasmi

Mengisi borang rasmi

Menulis petisyen

Menerbitkan panduan hartanah Typesetting

Penterjemah

0 Responses to “100 jenis pekerjaan yang dimulai dari meja makan”

Posting Komentar



Dapatkan Bonus Langsung Download 72 ebooks tourism free

Dapatkan Bonus Langsung Download 72 ebooks tourism free

Dapatkan Bonus Langsung Download 72 ebooks tourism free

Dapatkan Bonus Langsung Download 72 ebooks tourism free




Banner 125x125 - 1

Archives

Links



XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2013



Gratis Bahan Kuliah | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health

Free Ebooks | Free Ebooks | Free Ebooks | Bahan Kuliah Lengkap | Bahan Kuliah Manajemen | Jurnal dan Buku Tourism English Version